ANAI-ANAI
JENIS `SUBTERRANEAN TERMITES'
`Subterranean termites' adalah jenis anai-anai yang membuat sarang di dalam tanah yang juga sinonim dengan nama semut putih kerana warnanya yang putih. Melalui sarang dan laluan yang dibinanya di dalam tanah, akhirnya ia akan mula menyerang rumah dan bangunan yang berada di atas atau berhampiran dengan sarangnya.
Secara amnya, kerosakan yang diakibatkan oleh anai-anai jenis ini termasuklah pintu, frame tingkap, lantai kayu, panel dinding dan kelengkapan yang dibuat dari kayu iaitu kabinet, almari yang mana ia dibina / diletakkan bersebelahan / bersentuhan dengan dinding. Dalam kes yang lebih teruk, ia juga menyerang bumbung kayu, kertas, kotak dan adakalanya menyerang sistem pendawaian di dalam dinding.
- Melalui saluran pendawaian yang kebiasaanya dibina di dalam dinding.
- Melalui saluran paip terutamanya yang dibina di dalam tanah / dinding.
- Melalui asas frame pintu
- Bilik bawah tanah
- Tangga
- Retak dan rekahan di dinding dan binaan rumah
Drywood termites adalah kumpulan anai-anai yang membuat sarangnya di dalam kayu di persekitaran yang kering. Ia tergolong di dalam kumpulan `Kalotermitidae' (sama dengan yang membuat sarang di dalam kayu yang basah) yang primitif. Jenis seumpamanya termasuklah 'Cryptotermes, Neotermes, Glyptotermes, Incisitermes, dan Kalotermes, tetapi yang paling memudaratkan dan cepat merebak adalah jenis 'Cryptotermes'. Jenis ini didapati menyerang dan memusnahkan perabut, rumah dan bangunan kerana ia sesuai dengan habitatnya.
Cara mengenal pasti anai-anai jenis ini adalah melalui tahinya yang berbiji-biji seperti gambar diatas (dikenali sebagai `frass).
Koloni anai-anai adalah kecil, kebiasaannya dibawah 1000. `Pekerja' biasanya berwarna keputihan, bergerak perlahan dan badanya panjang.
Kerosakan yang dilakukan oleh anai-anai ini mengambil masa yang lama sebelum ia berjaya dikesan kerana koloni ini akan makan secara perlahan-lahan sehingga kesemua kayu akan habis dan dalam masa yang sama koloni akan berkembang dengan berpindah dan membiak ke kayu yang lain.
No comments:
Post a Comment