INFO KESIHATAN

RATS / TIKUS


Tikus bukan sahaja boleh merosakkan harta-benda. Selain dari najisnya yang kotor, ia juga telah dikenalpasti sebagai pembawa penyakit `Leptospirosis' yang juga dikenali sebagai penyakit kencing tikus.


Punca utama penyakit ini ialah bakteria Leptospira yang menjangkiti manusia juga boleh menjangkiti haiwan. Bakteria ini dipindahkan kepada manusia melalui air kencing haiwan yang berfungsi sebagai pembawa seperti tikus, anjing serta kucing. Namun tikus dianggap sebagai pembawa sebenar bakteria ini. Namun haiwan lain juga boleh menyababkan jangkitan bakteria ini seperti lembu, kambing, babi, kuda dan haiwan-haiwan lain.


Ia menjangkiti manusia apabila terdedah atau mempunyai hubungan secara langsung dengan air kencing haiwan yang mengandungi bakteria leptospira. Malahan jangkitan juga boleh berlaku melalui air banjir.Boleh juga berlaku jangkitan melalui makanan dan minuman yang tercemar dengan air kencing haiwan berkenaan. Bakteria akan aktif di dalam tempoh 5- 14. dan jika dibiarkan maut menunggu anda.


Tanda-Tanda penyakit kencing tikus:
  • Demam sakit kepala Loya, muntah
  • Sakit otot Kemerahan pada mata 
  • Ruam kulit Sakit pada abdomen 
  • Batuk Sakit pada betis Jaundis( mata kekuningan ) 
  • Air kencing berwarna kehitaman ( seperti air teh o' pekat ) 
Pencegahan
  • Menjaga kebersihan persekitaran. Dapatkan bantuan pakar pembasmi makluk perosak untuk mengawal dan membasmi ancaman tikus 
  • Tutup dan tudung makanan supaya dihindari dari tikus 
  • Mencuci tangan, kaki serta bahagian anggota lain dengan sabun selepas berkerja di kebun, atau membersihkan sampah dan kawasan rumah selepas banjir 
  • Cuci dan balut sebarang luka yang terdapat dianggota badan dengan sempurna jangan bemain air dan lopak terutama selepas banjir, awasi anak-anak kita 
  • Segera ke hospital jika mempunyai tanda-tanda penyakit ini.

No comments:

Post a Comment